Sepuluh orang maut apabila sebuah pesawat ringan merempuh hangar ketika berlepas dari Lapangan Terbang Addison, Texas.

Pesawat dengan enjin berkembar Beechcraft BE-350 milik King Air itu terbakar sebaik sahaja melanggar hangar di lapangan terbang yang terletak kira-kira 24 kilometer di utara Dallas.

“Pesawat malang itu dijadualkan berlepas ke Florida dan tiada kecederaan dilaporkan membabitkan kakitangan lain,” kata Timbalan Pengarah Lapangan Terbang Addison, Darci Neuzil.

Tambahnya, pasukan penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (NTSB) dijangka tiba ke lokasi kejadian lewat hari ini.

Punca kejadian masih dalam siasatan. Tiada kecederaan dilaporkan membabitkan kakitangan lain.