announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

12 maut van dipandu laju rempuh trak di Nepal

12 maut van dipandu laju rempuh trak di Nepal
Nahas itu juga menyaksikan 21 yang lain cedera dengan dua daripadanya dilaporkan kritikal.
NEPALGUNJ: Sekurang-kurangnya 12 orang maut selepas van yang sarat dengan penumpang merempuh sebuah trak yang diparkir di tepi lebuh raya di selatan Nepal pada awal Isnin.

Menurut pihak berkuasa, sejumlah 21 yang lain cedera dengan dua daripadanya dilaporkan kritikal.

Laporan awal menyebut, van berkenaan dipandu laju ketika melalui lebuh raya yang melewati hutan berhampiran perkampungan Rapti Sonari.

Kampung tersebut terletak kira-kira 400 kilometer di barat daya Kathmandu.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Sejak perintah berkurung dilaksankan di Nepal Mac lalu, kenderaan yang ingin bergerak perlu memhon permit, bagaimanapun, tidak dapat dipastikan van tersebut mempunyai permit atau tidak.


Tag: Nepal, kemalangan, mangsa korban, kathmandu, nepalgunj



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.