Tiga belas terbunuh manakala 17 lagi cedera apabila dua buah bas bertembung di sebuah jalan raya di barat laut Moscow pada Jumaat.

Kemalangan berlaku apabila sebuah bas mini menyimpang daripada lorongnya sehingga menyebabkan berlaku pertembungan.

Kesemua yang terkorban merupakan penumpang dalam bas mini tersebut.

Empat mangsa yang cedera kini menerima rawatan di sebuah hospital berdekatan.

Pihak berkuasa kini memulakan siasatan bagi mencari punca kemalangan.