Pengawal Pantai Libya berjaya menyelamatkan hampir 140 pendatang di pantai Libya pada Isnin selepas mereka ditemui terkandas di atas bot getah mereka yang hampir karam di laut Mediterranean.

Operasi penyelamatan itu dilakukan di luar pantai Garabulli iaitu 70 kilometer di Timur Tripoli.

140 pendatang itu terdiri daripada pelbagai warganegara Afrika termasuk wanita dan kanak-kanak.

Tentera laut Libya sebelum ini mendakwa ia telah menyelamatkan sejumlah 272 pendatang termasuk 53 wanita dan 57 kanak-kanak dari dua kapal yang terkandas di Laut Mediterranean.

Tahun lepas, 3,116 orang mati ketika cuba menyeberangi Mediterranean ke Eropah, menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM).