Seramai 15 aktivis antijunta berdepan dakwaan menghasut, hari ini kerana menyertai protes awal minggu lalu sempena memperingati ulang tahun ke-4 insiden rampasan kuasa oleh tentera.

"Mereka juga didakwa atas kesalahan menyertai perhimpunan haram disertai lebih 10 individu, menghalang lalu lintas dan menyebabkan gangguan," kata peguam hak asasi manusia mewakili kumpulan itu, Pawinee Chumsri.

Kesalahan menghasut boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun.

Protes jalanan menuntut kerajaan mengadakan pilihan raya seperti dijanjikan kembali melanda negara itu.

Susulan itu, Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha telah memberi bayangan pemilihan itu mungkin akan diadakan pada Februari 2019.