Tutup

Berita  | Dunia

17 maut nahas pesawat tentera

17 maut nahas pesawat tentera
Anggota tentera Pakistan mengepung kawasan di mana sebuah pesawat tentera terhempas di Rawalpindi. - Foto AP/Anjum Naveed
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 17 terkorban selepas sebuah pesawat milik tentera Pakistan terhempas di kawasan perumahan di Rawalpindi, berdekatan dengan Islamabad, Pakistan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak tentera, lima anak kapal dan 12 orang awam terbunuh dalam kejadian awal pagi Selasa.

Pesawat tersebut dikatakan sedang menjalani latihan ketenteraan sebelum ia terhempas ke atas sebuah bangunan di bandar tersebut.

Punca kejadian dan butiran terperinci seperti jenis pesawat terbabit belum lagi didedahkan.
Pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota tentera dan orang awam dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan api yang marak.

Jurucakap bomba, Farooq Butt berkata, setakat ini pihaknya menemui 15 mayat di bawah runtuhan bangunan dan sedang bekerja keras mencari mangsa lain.
Tambahnya 12 mangsa lain cedera dalam kejadian tersebut dan kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital berdekatan.




Tag: nahas, pesawat tentera, Rawalpindi, maut, latihan, orang awam, anak kapal



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.