Isu kemiskinan dan ketidaksamaan sosial di Amerika Syrikat dilaporkan berada di tahap membimbangkan.

Negara antara yang terkaya di dunia itu dilapor merekodkan peningkatan bilangan penduduk miskin tegar kepada 18 juta orang.

Jurucakap Khas Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu, Philip Alston mengesahkan perkara itu di Geneva, Switzerland pada Jumaat.

Jelas Alston, laporan lengkap berhubung data terbaharu itu akan diserahkan kepada Maljis Hak Asasi Manusia PBB sece[at mungkin.

Mengulas lawatan ke Amerika Syarikat yang diadakan pada 2017, Alston mendakwa dasar pentadbiran Trump adalah antara punca isu kemiskinan menjadi bertambah buruk di negara itu.

"Pada tahun 2016, 40 juta rakyat Amerika hidup dalam kemiskinan dan 18 juta daripada mereka hidup dalam kemiskinan yang melampau,

"Ini bermakna mereka mewakili satu per-lapan penduduk di Amerika Syarikat.

"Dasarnya (Trump) hanya memberi manfaat kepada orang kaya dan memburukkan lagi keadaan orang miskin," jelasnya.

Tambahnya lagi, dasar baharu pembaikan cukai dan kebajikan Donlad Trump kini akan membawa kepada akibat buruk dan meluaskan lagi jurang antara orang kaya dan miskin.

Alston turut menyuarakan rasa kesalnya dalam isu penarikan diri AS dari Majlis Hak Asasi Manusia PBB, sambil menambah majlis itu akan memberi peluang kepada negara itu untuk menyatakan pendapat mereka.

"Satu-satunya cara ke hadapan adalah untuk bergabung dengan kerajaan-kerajaan lain untuk terus memajukan perubahan dan peningkatan," jelasnya.