Sekurang-kurangnya 18 terkorban manakala lima yang lain cedera ekoran insiden kebakaran di sebuah pusat karaoke di bandar Qingyuang, selatan China, hari ini.

Hasil siasatan dan maklumat yang diberikan orang awam, polis berjaya memberkas seorang lelaki berumur 32 tahun bernama Liu yang dipercayai memulakan kebakaran berkenaan.

Berita itu disampaikan oleh pihak polis menerusi akaun media sosial rasmi mereka iaitu Weibo seperti dilaporkan Reuters.

Terdahulu, pihak polis menawarkan 200,000 yuan (RM12,000) kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat mengenai suspek bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati terdapat unsur khianat sehingga mencetuskan kebakaran.

Api yang marak berjaya dikawal sepenuhnya pada 1 pagi waktu tempatan.