Seramai 12 kanak-kanak lelaki dan perempuan menjadi mangsa pedofilia di Sukabumi, Jawa Barat.

Perbuatan suspek dikenali sebagai DAD berusia 45 tahun itu terbongkar selepas salah seorang keluarga mangsa membuat laporan kepada polis.

"Empat budak dikasari, empat diraba dan empat lagi yang lain diliwat oleh pelaku. Kesemua mereka menjadi mangsa serangan seksual. Majoriti mangsa adalah budak lelaki. Insiden itu berlaku Mac hingga April lalu," kata jurucakap pihak berkuasa, Nasriadi, semalam.

BACA: Liwat sembilan pelajar, pengetua pusat tahfiz ditahan

BACA: Saya tak akan maafkan dia seumur hidup! - Ibu mangsa

BACA: Bahana merogol, meliwat, merompak: Lelaki dipenjara 20 tahun, 35 sebatan

Perbuatan jahat DAD didedahkan salah seorang mangsa yang masih menuntut di kelas 2 SD (sekolah dasar) berpindah sekolah.

"Mangsa mengaku takut ke sekolah lama kerana kerap menjadi sasaran pencabulan DAD. Suspek yang juga penganggur tinggal berhampiran kira-kira 200 meter dari sekolah mereka. Ketika pindah sekolah, mangsa menjadi murung dan mengadu sakit ketika buang air besar. Selepas didesak beberapa kali, budak lelaki itu akhirnya mengaku dicabul," jelasnya lagi.

Beberapa jiran suspek mendakwa DAD mengalami masalah jiwa, namun ujian kesihatan mental dilakukan ke atasnya mendapati dia mengalami masalah penyimpangan orientasi seksual. - Agensi