Dua rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di timur Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza berhampiran sempadan, lewat Isnin lapor agensi berita Xinhua memetik sumber pihak perubatan.
Jurucakap pihak perubatan Gaza, Ashraf al-Qedra berkata mangsa dikenali sebagai Ibrahim al-Najjar dan Mohamed Khader.
Tentera Israel sebelum ini mengatakan tiga lelaki Palestin menjadi sasaran kerana didakwa cuba memotong kawat berduri di sempadan dan menyusup ke Israel. Seorang lagi berjaya melarikan diri.
Selain itu Al-Qedra, 95 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran yang berlaku petang semalam antara ratusan penunjuk perasaan dengan tentera Israel di sempadan antara Gaza dan Israel utara.
Tunjuk perasaan anjuran Suruhanjaya Tertinggi Gaza dan penunjuk perasaan melemparkan batu serta tayar terbakar manakala tentera Israel melepaskan gas pemedih mata.
Menurut kementerian kesihatan Gaza, Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 177 orang Palestin dan mencederakan 19,000 yang lain sejak hari pertama Perarakan Pulang Besar-Besaran (Great Return March) pada 30 Mac.
Usaha Mesir dan Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Nickolay Mladenov setakat ini, gagal membentuk perjanjian gencatan senjata antara Israel dengan puak yang dipimpin Hamas di Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 18 2018
Tunjuk perasaan anjuran Suruhanjaya Tertinggi Gaza dan penunjuk perasaan melemparkan batu serta tayar terbakar manakala tentera Israel melepaskan gas pemedih mata. - REUTERS
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi kali ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
OIC kutuk pembunuhan beramai-ramai berterusan Israel di Gaza
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang tragis dan berterusan oleh Israel di Gaza.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah, gesa masyarakat antarabangsa kecam pencerobohan Zionis
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Israel serang tempat perlindungan terakhir penduduk Gaza
Serangan udara di Rafah menyebabkan kerosakan pada khemah, namun jumlah kemalangan nyawa masih belum dapat disahkan.
283 mayat ditemui di kubur Hospital Nasser
Pekerja kesihatan menemukan sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
AS siasat pencabulan hak asasi manusia oleh Israel
Antony Blinken mengesahkan AS sedang dakwaan pencabulan hak asasi manusia oleh tentera Israel di Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza Freedom Flotilla: Setiap peserta akan diwakili peguam dilantik FFC
Ia sebagai persediaan bagi membantu setiap peserta sekiranya mereka ditahan oleh tentera rejim dan dipenjarakan.
Gaza Freedom Flotilla: Keselamatan peserta misi diberi keutamaan - FFC
Sebelum memulakan pelayaran, FFC akan memberi taklimat keselamatan khusus buat peserta mengenai aspek keselamatan lain dengan lebih terperinci.