Lebih 200 kemalangan dilaporkan di Croatia dalam tempoh 24 jam gara-gara salji tebal melanda kawasan pantai dekat pusat peranginan negara itu sejak Jumaat.

Salji tebal lebih tiga kaki itu turut menyebabkan jalan dan lebuh raya menghala ke pusat peranginan berkenaan ditutup.

Selain itu pihak berkuasa turut mengarahkan penduduk tidak meninggalkan rumah masing-masing sehingga ribut salji reda.

Kira-kira 30 kampung di wilayah Rijeka turut bergelap kerana bekalan elektrik terputus.

Ribut salji diikuti angin kuat membadai kawasan perairan Dalmatian menghasilkan salji setebal hampir lapan inci di sepanjang pantai.

Jabatan Meterologi mengeluarkan amaran oren dan merah kerana cuaca diramal semakin buruk untuk beberapa hari akan datang.