ADEN :Satu letupan kuat berlaku di sebuah lapangan terbang di bandar Aden, Yaman ketika sebuah pesawat yang membawa barisan Kabinet yang baharu dilantik mendarat.

Memetik laporan The Associated Press, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan 22 maut manakala 50 yang lain cedera.

Turut dilaporkan, tiada menteri Kabinet terkorban dalam letupan berkenaan.

Pihak berkuasa memaklumkan punca letupan tersebut masih belum dikenal pasti dan setakat ini masih tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Moammar Al-Eryani memaklukan letupan tersebut dipercayai serangan oleh pemberontak Houthi yang disokong Iran.

Namun, Houthi menafikan tuduhan tersebut.