Lebih 22 terbunuh apabila sebuah bas yang sarat dengan penumpang bertembung dengan sebuah trak yang membawa bir dan traktor di ibu negara Uganda.

Pihak polis negara itu berkata, punca kejadian akibat sikap pemandu bas yang memandu laju.

Setakat ini, 14 yang lain disahkan cedera dalam nahas yang berlaku pada Jumaat malam di bandar Kiryandongo.

Sebelum ini, pasukan Palang Merah bandar itu mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah sebenar mangsa yang terbunuh adalah 40 orang.

Namun pihak polis menafikan dakwaan itu dan mengesahkan jumlah setakat ini adalah 22.

Kemalangan di negara Afrika Timur itu adalah sesuatu yang biasa berlaku yang kebanyakannya disebabkan faktor jalan raya yang sempit dan berlubang.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mendakwa kemalangan sering berlaku disebabkan oleh sikap pemandu yang mabuk.