Sejumlah 25 murid Sekolah Menengah Pertengahan Negeri 6 Jombang di Jawa Timur, Indonesia dilaporkan menjadi mangsa gangguan seksual oleh guru mereka sendiri.
Ketua Polis Jombang, Agung Marlianto berkata pihaknya mendapat laporan berkenaan kes itu Isnin lalu.
"Laporan mengatakan seramai 25 murid menjadi mangsa kepada seorang guru yang tidak bertanggungjawab," katanya dipetik laporan Kompas.com.
Beliau memohon ibu bapa murid-murid tersebut memberi kerjasama untuk membuat kenyataan jelas kepada pihak polis bagi membantu siasatan.
"Kami berjanji akan menyelesaikan kes ini. Kami memohon atas kerjasama ibu bapa semua mangsa untuk bergiat dalam menangani kes ini agar ia dapat memudahkan serta mempercepatkan siasatan," ujarnya.
Sementara itu, pengetua sekolah terbabit, Suprayitno berkata berdasarkan laporan yang diterima oleh pihak sekolah, gangguan seksual terhadap kanak-kanak itu berlaku sejak tujuh bulan lepas. Namun, ia hanya terbongkar beberapa hari lalu.
Beliau berkata kejadian tersebut didakwa berlaku di tempat dan waktu yang berbeza, termasuk ketika murid menjalani kegiatan perkhemahan di luar sekolah.
Katanya, suspek yang baru berpindah ke sekolah itu menggunakan alasan 'ruqyah' sebagai kaedah untuk mencabuli murid-muridnya.
"Katanya nak buat ruqyah, tapi peliknya hanya perempuan sahaja yang diruqyah," kata Suprayitno.
Menurut laporan beberapa media Indonesia, suspek menggunakan alasan melakukan ruqyah dengan meraba tubuh dan kemaluan mangsa.
Aktivis Lingkar Indonesia untuk Keadilan (LINK), Aan Anshori, mengecam kejadian itu.
"Kes itu terjadi sejak tujuh bulan lalu dan ia baru terbongkar. Ini menunjukkan betapa lemahnya perlindungan sekolah ke atas murid-muridnya," tegasnya.
Aan memohon agar pihak polis segera menangani kes tersebut.
Agensi
Thu Feb 15 2018
Paparan skrin portal Kompas.com yang melaporkan kejadian gangguan seksual di SMP Negeri 6 Jombang.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Pengawal keselamatan sekolah cabul murid darjah satu ditahan
Polis bertindak menahan lelaki tempatan berusia 45 tahun itu semalam, setelah menerima laporan daripada rakan setugas suspek.
Guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalah cabul murid lelaki darjah enam
Seorang guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalahatas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid Darjah Enam.
Jurulatih dodgeball didakwa jentik kemaluan dua murid
Seorang jurulatih dodgeball mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas dua pertuduhan menjentik kemaluan dua murid lelaki ketika mangsa berusia 11 tahun, November tahun lalu.
Jijik! Ustaz songsang cabul 65 murid
Hamdi dilapor mula bertindak berani sekitar 2013 apabila dia mula meraba dan menggosok kemaluan pelajarnya.
25 murid perempuan dicabul guru ketika 'diruqyah'
Kejadian didakwa berlaku di tempat dan waktu yang berbeza, termasuk ketika murid menjalani kegiatan perkhemahan di luar sekolah.
Guru ditahan kerana cabul dua murid lelaki di Serian
Susulan laporan, sepasukan anggota siasatan jenayah Serian telah bertindak menahan guru terbabit yang mengajar di sebuah sekolah di Sungai Menyan.