Berita  | Dunia

3 bot penumpang karam, 11 maut

3 bot penumpang karam, 11 maut
Sekurang-kurangnya 11 maut sementara tiga yang lain dilaporkan hilang selepas tiga bot penumpang karam ketika laut bergelora di Filipina, pada Sabtu.
MANILA: Sekurang-kurangnya 11 maut sementara tiga yang lain dilaporkan hilang selepas tiga bot penumpang karam ketika laut bergelora di Filipina, pada Sabtu.

Ketua Polis Wilayah Rene Pamuspusan berkata 63 orang terselamat selepas gelombang besar membadai bot tersebut di Selat Guimaras.
Ketiga-tiga kapal tersebut berlepas dari bandar pelabuhan Iioilo dan Pulau Guimaras dan insiden berlaku hampir pada masa yang sama.

Setakat ini, identiti enam mangsa yang terkorban masih belum dikenal pasti, selebihnya adalah warga Filipina.

Sementara itu, Palang Merah Filipina menyiarkan gambar dua kapal malang itu dalam media sosial.

Berdasarkan gambar, sebuah daripadanya kapal terbalik ke bawah dan satu lagi hampir tenggelam.

Musim monsun di barat daya menyebabkan laut bergelora di bahagian barat Filipina sepanjang minggu lalu.