Tutup

Berita  | Dunia

35 calon bertanding pilihan raya presiden Sri Lanka

35 calon bertanding pilihan raya presiden Sri Lanka
Calon bertanding untuk pemilihan presiden kali ini merupakan rekod tertinggi di mana sebelum ini pada 2010 seramai 22 calon. - Foto AP
COLOMBO: Seramai 35 calon memfailkan nama untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Sri Lanka pada bulan depan.

Bagaimanapun, penyandangnya memilih untuk tidak bertanding bagi penggal kedua ekoran kemasukan bekas Ketua Pertahanan terkenal, Gotabaya Rajapaksa dilihat sebagai calon pilihan.

Rajapaksa yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pertahanan di bawah saudaranya, Presiden Mahinda Rajapaksa berhasrat mengakhiri perang saudara sri lanka yang berpanjangan sejak sedekad lamanya.

Presiden Maithripala Sirisena yang mungkin mengalami kesulitan mengalahkan Gotabaya Rajapaksa mengambil keputusan tidak membayar deposit mandatori pada tarikh akhir iaitu Ahad dan tidak layak untuk memfailkan pencalonan.
Calon bertanding untuk pemilihan presiden kali ini merupakan rekod tertinggi di mana sebelum ini pada 2010 seramai 22 calon.

Antara calon presiden lain adalah dua rahib Buddha, empat orang dari masyarakat minoriti Muslim negara itu dan dua dari masyarakat Tamil dan seorang calon wanita.



Tag: Pilihan Raya Presiden Sri Lanka, Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa, Mahinda Rajapaksa, calon pilihan raya



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.