Berita  | Dunia

38 kanak-kanak jadi mangsa korban serangan di Idlib, Syria

38 kanak-kanak jadi mangsa korban serangan di Idlib, Syria
Sekurang-kurangnya 38 kanak-kanak dilaporkan terbunuh dan 46 lagi cedera dalam serangan di Idlib, Syria sejak 1 April lalu. - Gambar fail/Syria Care
SEKURANG-KURANGNYA 38 kanak-kanak dilaporkan terbunuh dan 46 lagi cedera dalam serangan di Idlib, Syria sejak 1 April lalu.

Perkara itu didedahkan badan kebajikan Save The Children Charity pada Isnin.
Setakat ini, puluhan ribu keluarga telah berpindah berikutan tekanan dan kekerasan dilakukan pasukan pemerintah Syria dan pemberontak sejak akhir April.

Mereka terpaksa melarikan diri ke kampung-kampung dan bandar-bandar berhampiran sempadan Syria dan Turki bagi mendapatkan perlindungan.
Malah, kawasan ladang dan tepi jalan menjadi lokasi mereka mendirikan khemah yang dihuni pelarian yang penuh sesak.

Rusia pada Ahad berkata, pasukan kerajaan telah melakukan gencatan senjata di wilayah Idlib, yang kubu pemberontak utama yang terakhir.

Bagaimanapun, aktivis pembangkang dilaporkan melakukan serangan berterusan ke atas wilayah itu.

Tag: Kanak-kanak, Syria, Rusia, mangsa, keluarga, children, cedera, pelarian, serangan, Turki


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.