Empat pekerja pembinaan sebuah laluan keretapi bawah tanah di Korea Selatan maut selepas terowong yang sedang dalam pembinaan runtuh di Seoul pagi ini.

Menurut Jabatan Bomba ketika kejadian mangsa sedang membuat kerja-kerja mengimpal di terowong terbabit yang terletak pada kedalaman 15 meter sebelum kedengaran satu letupan kuat, dipercayai berpunca dari tangki oksigen, menyebabkan runtuhan menimpa mereka.

Empat terbunuh, manakala beberapa yang lain cedera, sebahagian daripadanya melecur.

Kesemuanya dikejarkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut, kata jurucakap bomba kepada AFP.

Kejadian berlaku sekitar jam 7.20 pagi waktu tempatan di bandar Namyangju, ke timur Seoul.

Punca sebenar kejadian masih sedang disiasat.