40 cedera dalam protes terbaru oleh warga Palestin menentang pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden AS Donald Trump.

Protes terbaru itu turut menyaksikan penunjuk perasaan bertempur dengan tentera rejim Israel di Gaza.

Israel turut melaporkan peningkatan serangan roket yang dilancarkan dari Gaza susulan pengisytiharan tersebut.

Pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Trump mendapat tentangan dan kritikan hebat komuniti antarabangsa.

Namun ada negara yang turut melakukan pengiktirafan yang sama seperti Guatemala.

Protes sama turut diteruskan di Amman, Jordan

Menurut penunjuk perasaan di Amman, Baitulmaqdis kekal hak Palestin dan ia tidak menghiraukan apa yang diisytiharkan oleh Trump.

Protes tersebut kini disertai oleh sekitar 200 orang penunjuk perasaan, sedikit rendah berbanding awal Disember lepas.

Berdasarkan perjanjian Israel-Jordan 1994, kerajaan Jordan adalah penjaga sah Baitulmaqdis.