Tutup

Berita  | Dunia

40kg sampah dalam perut ikan paus ditemui

40kg sampah dalam perut ikan paus ditemui
Penemuan ini dianggapkan sebagai paling buruk dalam sejarah hidupan laut. Foto Facebook / DBone Collector Museum
SEEKOR ikan paus ditemui mati di pantai Filipina pada Sabtu lalu.

Paling menyayat hati, siasatan yang dilakukan oleh ahli biomarin dari  D’Bone Collector Museum mendapati ada 40 kilogram sampah plastik ditemukan dalam perut ikan paus berkenaan.

Penemuan ini dianggapkan sebagai penemuan paling buruk dalam sejarah kajian biomarin yang meningkatkan lagi kemarahan kumpulan aktivis alam sekitar.

Bagi mereka, ini merupakan jumlah plastik terbanyak yang pernah direkodkan dalam bedah siasat hidupan laut yang dikaji mereka selama ini.

Tambah mereka, ini memberi gambaran menjijikkan betapa penggunaan plastik sekali guna yang tinggi memberikan kesan besar kepada hidupan lain di laut.
Paus sepanjang 4.7 meter itu terkandas di bandar Mabini Jumaat lalu dan cuba dilepaskan oleh pegawai dan nelayan, tetapi ia berpatah balik ke perairan cetek.

Namun haiwan berkenaan mati selepas gagal diselamatkan pada Sabtu.