Presiden Brazil Jair Bolsonaro mengesahkan terdapat tumpahan minyak yang mencemari pantai timur laut negara itu sejak awal September, disebabkan oleh pembuangan minyak secara haram.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan suspek yang disyaki pihak berkuasa bertanggungjawab di sebalik tumpahan minyak tersebut.

Menteri Alam Sekitar Rocardo Salles sementara itu berkata, tumpahan tersebut telah merebak di 42 bandar.

Setakat ini, lebih daripada 100 tan minyak yang tumpah telah dibersihkan oleh pihak berkuasa.

Terdahulu, syarikat minyak negara itu, Petrobas, memaklumkan tumpahan minyak tersebut bukan dari Brazil, tetapi namun dari satu sumber yang tidak dapat dipastikan.