ANGKA korban akibat COVID-19 global terus meningkat sebanyak 5,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global kini melebihi 428,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 115,000 kes.


Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global kini melebihi 428,000 kes.

United Kingdom (UK) dan Brazil masing-masing merekodkan angka korban sebanyak 41,000 kes.

Manakala kes kematian di Itali berada pada paras 34,000 kes.

Sementara itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan angka kematian 29,000 dan 27,000 kes.

Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 17,000 kes.