LIMA tertuduh dijatuhi hukuman mati manakala tiga lagi menerima hukuman penjara 24 tahun selepas mahkamah di Arab Saudi mensabitkan mereka dengan kesalahan membunuh wartawan The Washington Post, Jamal Khashoggi.

Timbalan pendakwa raya dan jurucakap, Shalaan al-Shalaan ketika membacakan keputusan perbicaraan berkata baki tiga lagi tertuduh tidak didakwa dalam kes pembunuhan itu kerana didapati tidak bersalah.

Dalam rumusan penyiasat khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Agnes Callamerd berkata ia merupakan pembunuhan sengaja dan dirancang selain mengesyorkan supaya putera mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman disiasat.

Pihak istana menafikan penglibatan Putera Mohammed dan berkata beliau tidak tahu apa-apa tentang pembunuhan pemberita itu.

Khashoggi yang memiliki kerakyatan Amerika Syarikat dibunuh di bangunan konsul Saudi di Istanbul, Turki pada 2 Oktober 2018 namun mayatnya masih belum ditemukan.