Berita  | Dunia

5 maut dalam tembakan rambang di Haiti

5 maut dalam tembakan rambang di Haiti
Dalam kejadian tersebut, polis berkata pihak berkuasa berbalas tembakan dengan kumpulan penyerang ketika mereka tiba di lokasi untuk mengambil mayat mangsa, pada Khamis. - Foto www.wacotrib.com
PORT-AU-PRINCE : Sekurang-kurangnya lima maut, manakala tujuh lagi cedera dalam insiden tembakan rambang di ibu negara Haiti pada Khamis, kata pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Polis Port-Au-Prince Joel Casseus memberitahu The Associated Press (AP), empat mangsa maut di tempat kejadian, sementara mangsa kelima meninggal dunia di hospital.
Dalam kejadian tersebut, polis berkata pihak berkuasa berbalas tembakan dengan kumpulan penyerang ketika mereka tiba di lokasi untuk mengambil mayat mangsa.

Bagaimanapun, motif serangan masih belum diketahui.

Setakat ini, tiada suspek yang ditahan berikutan insiden serangan tersebut.

Susulan itu, pihak berkuasa menggesa orang ramai menghubungi polis sekiranya mempunyai maklumat berhubung insiden tembakan rambang tersebut.

Tag: Tembakan rambang, Pengganas, Serangan, Haiti


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.