Sekurang-kurangnya 58 maut dalam kejadian banjir kilat yang melanda wilayah timur, Papua yang melanda pada Ahad.

Antara yang maut adalah tiga kanak-kanak yang dilaporkan lemas, manakala 74 yang lain dilaporkan cedera dan sedang terima rawatan di pusat perubatan.

Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata angka korban dijangka meningkat.

“58 mayat mangsa dijumpai dan dibawa keluar daripada lumpur apabila kebanyakan rumah mereka musnah ditenggelami banjir.

“Susulan banjir itu juga, lapangan terbang Sentani dihentikan operasinya buat sementara waktu selepas banjir tersebut merosakkan sistem jana kuasanya,” jelasnya ketika sidang media di Jakarta, pada Ahad.

Setakat pagi Isnin, lebih 4,000 penduduk tempatan dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. Foto: Reuters


Setakat pagi Isnin, lebih 4,000 penduduk tempatan dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. Foto: Reuters

Sementara itu, Pentadbiran Wilayah Papua telah mengisytiharkan darurat selama dua minggu untuk teruskan kerja-kerja menyelamat dan memberishkan semula kawasan terjejas.



Setakat pagi Isnin, lebih 4,000 penduduk tempatan dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.

33 buah rumah turut dilaporkan musnah apabila dibadai banjir.