Jumlah kematian akibat letusan gunung berapi di Guatemala meningkat kepada 62 pada Isnin, menurut pihak berkuasa negara Amerika Tengah itu hari ini.

Daripada jumlah itu, hanya 13 mayat telah dikenal pasti setakat ini, kata jurucakap Institut Sains Forensik Kebangsaan Guatemala, Mirna Zeledon.

Letusan gunung berapi Fuego, yang membawa maksud 'api' dalam Bahasa Sepanyol, mengeluarkan asap hitam ke udara dan memuntahkan lahar panas sepanjang 8km, pada Ahad.

BACA: Gunung berapi meletus di Guatemala, sekurang-kurangnya tujuh terbunuh

READ: 38 dead as Guatemala volcano comes to life

Ia dianggap yang paling dahsyat berlaku dalam masa lebih empat dekad, memaksa penutupan lapangan terbang antarabangsa utama Guatemala dan menjejaskan ribuan hektar ladang kopi di lereng gunung berapi itu.