Seramai lapan migran termasuk enam kanak-kanak ditemui mati selepas terperangkap di dalam peti sejuk trak yang membawa kira-kira 100 individu di barat Libya, menurut pihak berkuasa, semalam.

Kira-kira 90 yang terselamat turut dihantar ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan.

Jurucakap pihak berkuasa di bandar Zuwara berkata, kesemua mangsa dari Bangladesh, Pakistan dan negara Arab serta Afrika itu ditinggalkan sindiket dalam trak tersebut untuk tempoh yang tidak dapat dipastikan.

"Kami mendapat maklumat tentang trak mencurigakan berhampiran kompleks gas Mellitah.

"Kami merampas peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan ikan dan menemui 100 migran berada dalam keadaan kekurangan oksigen serta keletihan melampau. -AFP