SEKURANG-KURANGNYA sembilan orang cedera dalam kejadian tembakan di sebuah taman di Denver, Colorado, Amerika Syarikat pada Ahad.

Menurut pihak berkuasa, ketika kejadian, kesemua mangsa sedang berkumpul bagi aktiviti riadah bersama keluarga.

Kejadian yang didakwa sebagai serangan bersiri tersebut berlaku sekitar jam 4.30 petang waktu tempatan di Taman Byers dan Pecos.

Pihak berkuasa turut memaklumkan kesemua mangsa dikerjakan ke hospital bagi menerima rawatan.

Setakat ini polis memaklumkan sudah mengenal pasti suspek namun masih belum mendedahkan identiti dan punca kejadian.