POLIS India sedang menjejaki pencuri yang melarikan abu mayat mendiang Bapa Kemerdekaan negara itu, Mahatma Gandhi pada 2 Oktober lalu iaitu pada hari ulang tahun kelahiran ke-150 pemimpin itu.

Sebahagian daripada abu mayat Gandhi disimpan di sebuah tugu peringatan sejak 1948 iaitu pada tahun kematiannya.

Tidak sekadar abu mayat, bahkan penjenayah turut menconteng foto mendiang dengan tulisan 'pengkhianat' menggunakan dakwat bewarna hijau.

Menurut laporan portal berita BBC, sejumlah puak ektstremis Hindu melihat Gandhi sebagai pengkhianat hanya kerana sokongannya pada kesatuan Hindu dan Islam. Mendiang Gandhi merupakan seorang penganut Hindu.

Polis di Rewa di negeri Madhya Pradesh mengesahkan siasatan sedang dilakukan berikutan kejadian berkenaan hanya akan merugikan proses integrasi nasional selain mnengancam perdamaian.

Sementara itu, Pengurus Monumen Peringatan Bapu Bhawan tempat abu mayat mendiang disimpan, Mangaldeep Tiwari menegaskan, kejadian kecurian itu disifatkan sebagai 'sangat memalukan'

Dalam perbualan dengan portal berita The Wire, Tiwari berkata: "Saya membuka pintu (Bapu) Bhawan seawal pagi kerana hari itu merupakan hari kelahiran Gandhi."

"Bagaimanapun, ketika saya kembali semula pada pukul 11 malam, saya melihat abu mayat Gandhi hilang, gambar mendiang pula diconteng," kata Tiwari

Gandhi atau nama sebenarnya Mohandas Karamchand Gandhi yang dilahirkan pada 2 Oktober 1869 merupakan seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik India.

Mendiang telah dibunuh pada usia 79 tahun lalu iaitu pada 30 Januari 1948.

Setelah kematiannya, abu mayat mendiang tidak dilepaskan ke sungai seperti mana kepercayaan masyarakat Hindu, sebaliknya, disimpan di beberapa tempat termasuk di Bapu Bhawan.