Mahkamah Tinggi Indonesia menolak rayuan oleh bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama untuk menilai semula dakwaan menghina Islam yang dikenakan ke atasnya.

Jurucakap mahkamah pada Isnin memberitahu, ahli politik itu akan terus menjalani hukuman penjara dua tahun.

Mei tahun lalu, Mahkamah Rendah telah menjatuhkan hukuman ke atas Basuki atau Ahok selepas tersebar sebuah video yang menunjukkannya memetik maksud ayat al-Quran secara salah, sekali gus menghina Islam.

Perkara itu dilakukan ketika Ahok sedang giat menjalankan kempen politiknya.

Ketika itu, Ahok berada di puncak populariti dan bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya gabenor ibu negara republik itu yang seterusnya.

Namun, di Jakarta, golongan penentangnya dari aliran Islam ekstrem menjalankan demonstrasi bantahan besar-besaran mendesak agar Ahok disingkirkan, selain muncul kumpulan lain yang melobi calon Muslim untuk mencabar kedudukannya.

Ahok telah kalah dalam pilihan raya itu, dan seterusnya dipenjara.

Bulan lalu, dia telah membuat permohonan rayuan agar kesnya dipertimbangkan semula.

"Semua alasan dalam rayuan semula daripada pasukan Ahok itu telah ditolah oleh ha,im,” ujar jurucakap mahkamah tanpa mengulas lanjut.