Berita  | Dunia

Akhirnya Julian Assange ditahan polis

Akhirnya Julian Assange ditahan polis
Assange akhirnya ditahan polis setelah berlindung di Kedutaan Ecuador sejak 2012. - AP
LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange akhirnya ditahan polis setelah berlindung di Kedutaan Ecuador sejak 2012.

Perkara berkenaan dimaklumkan polis London pada Khamis.

Semalam, Assange memaklumkan bahawa pihaknya menyedari ada usaha intipan besar-besaran terhadapnya di Kedutaan Ecuador, merupai apa yang beliau sifatkan seperti babak dalam filem "The Truman Show", lapor CNN.
Ia melibatkan rakaman video dan audio daripada beberapa alat perakam yang dijumpai dalam kedutaan berkenaan, termasuk rakaman pemeriksaan kesihatan yang dilakukan Assange.

Turut diperoleh ialah perincian daripada dokumen undang-undang melibatkan Assange.

Assange berlindung di Kedutaan Ecuador selepas diburu kerana menerbitkan rahsia ketenteraan dan polisi luar kerajaan Amerika Syarikat.

Sebelum itu, dia dikehendaki di Sweden di atas dua pertuduhan serangan seksual. Bagaimanapun, kedua-dua dakwaan digugurkan.








 

Tag: Julian Assange, wikileaks, drone, London, Donald Trump, Mahathir Mohamad


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.