Botswana, yang merupakan penempatan gajah terbesar di dunia, mungkin akan memansuhkan larangan memburu untuk tujuan bersukan, satu langkah yang pastinya akan mengundang bantahan dari kumpulan pencinta haiwan.

Penyelaras pemuliharaan menganggarkan Afrika Selatan itu mempunyai kira-kira 130,000 populasi gajah, jumlah yang hampir satu per tiga penduduk benua tersebut, tetapi kerajaan mendakwa jumlah sebenar adalah hampir 230,000 ekor, dan akan menyebabkan masalah bagi petani kecil.

"Masyarakat semakin kejam dan tidak mempunyai belas kasihan terhadap hidupan liar," kata Konstantinos Markus, seorang ahli parlimen dari daerah yang terletak di bahagian barat laut Bostwana yang kaya dengan hidupan liar.

Beliau berkata tanaman yang dimusnahkan gajah di daerah Chobe telah mengurangkan hasil tanaman jagung ruji sebanyak 72 peratus.

"Kerugian hasil tuaian ini membuatkan pilihan semakin sedikit untuk penduduk memperoleh pendapatan, manakala persepsi masyarakat setempat terhadap pemuliharaan hidupan liar pula berubah sejak larangan berburu dikenakan," katanya kepada Reuters.

Parlimen Botswana meluluskan usul pada 21 Jun untuk mengkaji dan menimbang semula larangan itu, yang dikenakan oleh bekas presiden, Ian Khama pada 2014 selepas satu tinjauan menunjukkan penurunan populasi hidupan liar di bahagian utara negara itu.

Presiden baharu, Mokgweetsi Masisi telah meluahkan sokongannya dan perbicaraan secara terbuka juga akan dijalankan mengenai isu tersebut.