Kira-kira 100 aktivis di London berkumpul di hadapan sebuah cawangan francais kopi, Starbucks bagi memprotes pengelakkan cukai dan pemotongan untuk perkhidmatan awam hari ini.

Syarikat kopi Amerika Syarikat itu dihentam susulan pendedahan bahawa ia hanya membayar sebanyak £8.6 juta (RM42.05 juta) dalam tempoh 14 tahun beroperasi di Britain.

Starbucks juga dikatakan tidak membayar apa-apa dalam masa tiga tahun terdekat ini.

Kumpulan aktivitis ini tidak berpuas hati dengan jumlah yang dibayar Starbucks kerana menurut mereka, amaun yang dibayar terlalu sedikit.

Mereka juga menggesa kerajaan Britain mengarahkan syarikat-syarikat luar turut membayar cukai yang setimpal.