Berita  | Dunia

Aktivis Pakistan meninggal dunia pada usia 66 tahun

Aktivis Pakistan meninggal dunia pada usia 66 tahun
Tindakan berani yang ditonjolkan Jahangir (gambar) sering jadi bualan dan perhatian semasa memegang jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan. - Gambar fail
LAHORE: Salah seorang aktivis dan peguam hak asasi Pakistan paling dihormati, Asma Jahangir, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada Ahad.

Jahangir menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun.

Menurut anak perempuan Jahangir, Muneeze, ibunya mengalami serangan jantung lewat malam Sabtu dan dikejarkan ke sebuah hospital bandar timur Lahore.
Semasa hidupnya, Jahangir adalah sosok yang tegas memperjuangkan hak-hak wanita sekaligus lantang bersuara selain mengkritik tindakan kejam yang dilakukan kumpulan Daish.

Tindakan berani yang ditonjolkan Jahangir itu sering jadi bualan dan perhatian semasa memegang jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan.

Anugerah tertinggi yang pernah diterima, Majalah Time, menyenaraikan beliau sebagai antara 100 tokoh paling berpengaruh di dunia.