Al Jazeera tidak akan ditutup.

Itu tegas Pemangku Pengarah Urusan Al Jazeera Bahasa Inggeris, Giles Trendle bagi menjawab tuntutan empat negara Arab yang mahu stesen penyiaran yang berpangkalan di Doha, ibu negara Qatar itu menamatkan operasi.

Menurut Trendel, Al Jazeera akan meneruskan peranannya menyampaikan maklumat dan berita kepada rakyat segenap pelosok dunia.

Penutupan Al Jazeera terkandung dalam 13 tuntutan daripada empat negara Arab diketuai Arab Saudi yang perlu dipatuhi Qatar.
Ia sebagai syarat tarik balik pemulauan terhadap negara berkenaan.