Polis New York mengesahkan pelakon Alec Baldwin telah menumbuk seorang lelaki selepas terlibat dalam pertikaian mengenai tempat letak kereta.

Susulan pergaduhan pada Jumaat itu, dia telah ditahan dan berkemungkinan akan didakwa dengan tuduhan menyerang.

Ini bukan kali pertama aktor berusia 60 tahun itu ditahan.

Pada 2014, Baldwin pernah ditahan kerana berkelakuan tidak sopan.

Aktor itu kini mengendalikan rancangan Saturday Night Live.