Gara-gara memuat naik video kanak-kanak mandi di Facebook, seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan atas dakwaan menyiarkan kandungan pornografi kanak-kanak di Hong Kong.
Menurut laporan South China Morning Post, wanita berusia 28 tahun itu dikatakan telah menyiarkan video secara langsung di laman media sosial tersebut, menunjukkan dia sedang memandikan tiga kanak-kanak yang tidak berpakaian.
Kesemua kanak-kanak berkenaan dipercayai dalam lingkungan tujuh atau lapan tahun.
Malah, dalam video berdurasi 17 minit itu, salah seorang kanak-kanak meminta agar tidak dirakam video mereka sedang mandi, namun ia tidak diendahkan wanita itu.
Video berkenaan yang kemudiannya dimuat naik ke akaun Facebook wanita berkenaan.
Bagaimanapun, ia telah ditarik balik pada Isnin.
Laporan polis dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut selepas mendapat tahu video itu telah disiarkan.
Di bawah undang-undang Hong Kong, sesiapa yang didapati bersalah menyiarkan pornografi kanak-kanak berdepan hukuman maksimum lapan tahun atau denda maksimum HK$2 juta.
Tan Su Lin
Tue Dec 05 2017
Laporan polis dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut selepas mendapat tahu pembantu rumah itu telah menyiarkan video berkenaan. - Gambar hiasan
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
World Quran Hour 2024 pada 4 April, angkat surah al-Jumu'ah
World #QuranHour yang memasuki tahun kesembilan penganjuran tahun ini akan diadakan di Masjid Negara pada 4 April depan dengan mengangkat tema "Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial".
Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Jangan jadikan Ramadan sebagai 'The Mother of Food Waste' - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyeru umat Islam di negara ini supaya tidak menjadikan Ramadan sebagai the mother of food waste atau bulan pembaziran.
Ratu pecut Shanti Pereira tersenarai dalam 'Singapore Women's Hall of Fame'
Ratu pecut Singapura Shanti Pereira dan sembilan lagi wanita pada Jumaat tersenarai dalam Singapore Women's Hall of Fame (SWHF), bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa.
Facebook alami gangguan, Instagram juga tidak respons
Pengguna Facebook dilaporkan mengalami masalah untuk mengakses ke laman media sosial tersebut, apabila akaun mereka didapati log keluar secara tiba-tiba, sejak sekitar 11.30 malam tadi.
Sistem tagal bukan sekadar konservasi ikan Sungai Moroli, malah jadi tarikan pelancong
Tagal, sistem konservasi hidupan akuatik sungai diwarisi bergenerasi lamanya penduduk negeri ini mewujudkan simbiosis dengan menyediakan bekalan makanan mampan buat penduduk.
Paras air di tujuh empangan Selangor stabil - Exco
Paras air tujuh empangan di Selangor masih berada pada paras stabil, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim.
Facebook News bakal ditamatkan bermula April ini
Facebook menyatakan tidak akan meneruskan perjanjian dengan beberapa penerbit di Amerika Syarikat dan Australia, dan akan kekal bekerjasama dengan penerbit kandungan sehingga tempoh kerjasama tamat.