Akibat mengalami kemurungan ditinggalkan isteri, seorang lelaki mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Mayat Bonadi, 60 tahun ditemui digantung oleh cucunya di kediamannya di Kediri, Jawa Timur, Indonesia, lapor Tribunnews.

Laporan polis telah dibuat jirannya selepas cucu mendiang berumur 11 tahun itu menjerit meminta pertolongan.

Polis mengesahkan mangsa mati akibat bunuh diri.

Hasil siasatan mendapati mangsa mengalami kemurungan selepas ditinggalkan isterinya yang bekerja sebagai amah di Malaysia.

Isterinya dikatakan tidak pulang, malah dikhabarkan telah berkahwin lagi.