Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yam menegaskan bahawa amalan populis untuk jangka pendek hanya akan melemahkan negara itu.

Tony dalam ucapannya pada malam semalam memberitahu bahawa “ ‘Adalah penting untuk mempertahankan politik yang konstruktif yang mengutamakan rakyat dan negara’ dalam usaha untuk mencapai sasaran yang diletakkan oleh pemerintah,”.

“Pergolakan politik di beberapa negara menyebabkan amalan populis jangka pendek diamalkan yang kemudiannya hanya akan melumpuhkan dan menyebabkan negara berada dalam keadaan kacau bilau,” katanya.

Beliau menggesa ahli politik dan warga Singapura untuk meneruskan perdebatan yang jitu dalam menghadapi cabaran negara dan sentiasa bersedia untuk mengambil pendekatan yang bermanfaat di masa hadapan.

“Kadang kala, perdebatan ini akan mencetuskan keghairahan dalam melahirkan idea-idea bermanfaat namun janganlah disebabkan perbezaan politik maka kita terpisah. Kita mungkin mempunyai pandangan berbeza namun kesemua pihak perlu mengambil perspektif jangka masa panjang untuk manfaat bersama,”.

Beliau menambah, “Setelah perdebatan selesai, kita harus bersama semula untuk maju ke hadapan sebagai satu rakyat yang bersatu,”.

Ucapan presiden itu membuka sesi kedua sidang parlimen penggal ke-12 setelah ditangguhkan pada 15 April lalu.