Tentera Amerika Syarikat akan mengurangkan 40 ribu anggotanya dalam tempoh dua tahun lagi.

Media tempatan melaporkan langkah pengurangan bajet itu turut menyaksikan 17 ribu kakitangan awam yang berkhidmat dalam tentera ditamatkan perkhidmatan.

Cadangan itu akan menjadikan jumlah tentera Amerika dikurangkan kepada 450,000 menjelang 2017.

Pasukan itu mempunyai sekitar 570,000 anggota pada 2012, ketika ia terlibat dalam perang di Iraq dan Afghanistan.

Tentera Amerika juga terpaksa mengurangkan 30,000 anggotanya apabila pemotongan bajet automatik dikuatkuasa Oktober ini.

Sehingga kini 10,000 tentera Amerika masih kekal di Afghanistan selepas pelan pengunduran berperingkat ditangguhkan sehingga 2016.

Sementara di Iraq, hampir semua tentera diundurkan pada 2010 selepas presiden Barack Obama menamatkan operasi ketenteraan di negara itu.