Bakal presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata bahawa negaranya tidak perlu terikat kepada pendirian selama ini yang mana Taiwan merupakan sebahagian daripada “satu China,” mempersoalkan sebuah polisi yang wujud hampir empat dekad lamanya dan kemungkinan penentangan terhadap Beijing.

Kenyataan Trump kepada Fox News Sunday dikeluarkan setelah adanya protes diplomatik dari China berikutan tindakan Trump menerima panggilan telefon dari presiden Taiwan pada 2 Disember.

“Saya sangat memahami polisi ‘satu China’ tetapi saya tidak tahu kenapa kita perlu terikat dengan polisi ini, kecuali kita membuat rundingan dengan China berkenaan hal-hal lain, termasuk perdagangan,” Trump membertahu Fox.

Perbualan Trump bersama Presiden Tsai Ing–wen adalah yang hubungan pertama dengan Taiwan oleh bakal presiden tersebut sejak Presiden Jimmy Carter menukar pengenalan diplomatik Taiwan kepada China pada 1979, sekaligus mengiktiraf Taiwan sebagai sebahagian daripada “satu China.”

Beijing mengganggap Taiwan sebagai sebuah daerah pembelot dan merupakan isu sensitif kepada China.

Wakil dari China tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap kenyataan Trump.

Selepas perbualan telefon bersama presiden Taiwan, pihak pengurusan Obama berkata bahawa pihak Rumah Putih telah menghubungi wakil China dan mengeaskan bahawa polisi “satu China’ dikekalkan. Pihak pengurusan juga memberi amaran bahawa sebarang rundingan antara AS dan China boleh terjejas akibat kebangkitan isu Taiwan.

Berikutan kenyataan terbaru Trump, pihak Rumah Putih berkata bahawa Obama tidak memberikan sebarang reaksi lanjut.

Dalam wawancara bersama Fox, Trump mengkritik polisi matawang China, aktiviti-aktiviti di Laut Cina Selatan dan pendiriannya terhadap Korea Utara. Beliau berkata bahawa keputusan untuk menerima panggilan dari Taiwan tidak terletak di tangan Beijing.

“Saya tidak mahu China memberi arahan kepada saya dan panggilan ini adalah untuk saya.

“Panggilan yang pendek itu sangat menarik. Kenapa negara lain perlu menghalang saya dari menjawab panggilan tersebut?” soal Trump.

“Itu adalah sangat tidak sopan, jujur saya katakan,” tambah Trump.

Trump juga membangitkan rungutan dan keluhan mengenai China sewaktu kempen pilihanraya presiden beliau.

“Kita sangat terkesan dengan China, mengenakan cukai tinggi di sempadan sedangkan kita tidak mengenakan cukai kepada mereka, membina benteng di tengah Laut Cina Selatan dan mereka tidak sepatutnya berbuat demikian dan langsung tidak membantu dalam perihal Korea Utara,” jelas Trump.

Pakar ekonomi termasuk mereka di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah melihat usaha China untuk menaikkan nilai Yuan sebagai bukti Beijing tidak lagi meletakkan matawang mereka dengan nilai rendah untuk membuatkan nilai eksport China lebih rendah.

Menimbulkan “kemungkinan ketidaksefahaman”

Sesetengah penganalisis AS memberi amaran yang Trump berkemungkinan memulakan konfrontasi ketenteraan sekiranya beliau masih menyentuh isu Taiwan.

“China berkemungkinan akan membiarkan hubungan bersama AS terjejas untuk menunjukkan keputusan mereka terhadap isu Taiwan,” jelas Jessica Chen Weiss, Professor Madya di Cornell University dan pakar Nasionalisme Cina.

Mike Green, bekas penasihat Asia kepada bekas presiden George W.Bush berkata, mengakhiri polisi “satu China” adalah satu kesilapan kerana ini akan mengakhiri hubungan AS-China dengan huru-hara dan menjejaskan kerjasama Beijing dalam isu seperti Korea Utara.

Namun menurut Green yang kini bersama kumpulan pemikir Pusat Strategi dan Kajian Antarabangsa (CSIS), beliau tidak percaya bahawa Trump akan pergi sejauh itu dan terdapat “logik untuk memberitahu Beijing bahawa Trump tidak akan menyentuh isu-isu seperti Taiwan.”