Berita  | Dunia

Amukan puting beliung di Bogor ragut nyawa dan musnahkan ratusan kediaman

Amukan puting beliung di Bogor ragut nyawa dan musnahkan ratusan kediaman
Dengan angin berkelajuan 50 kilometer sejam, puting beliung tersebut menyebabkan kemusnahan yang besar termasuk menumbangkan pokok dan merosakkan bumbung bangunan.
JAKARTA: Puting beliung yang melanda bandar Bogor di Jawa Barat pada Khamis mengorbankan sekurang-kurangnya satu nyawa dan memusnahkah 848 rumah dan kediaman penduduk.

Menurut laporan Channel News Asia, kejadian yang berlaku pada 3 petang waktu tempatan itu turut menyebabkan meragut nyawa seorang pemandu, Enny Retno, 45, selepas keretanya dihempap pokok.

Pegawai cuaca tempatan berkata ribut yang kuat dan tiupan angin berpusar itu adalah hasil aktiviti awan 'komulonimbus' kerana ia merupakan kemuncak musim hujan di Bogor.
Dengan angin berkelajuan 50 kilometer sejam, puting beliung tersebut menyebabkan kemusnahan yang besar termasuk menumbangkan pokok dan merosakkan bumbung bangunan.




Video dan gambar yang dimuat naik para netizen di laman media sosial menunjukkan pelbagai objek yang terbang dan bangunan yang mengalami kerosakan teruk akibat amukan angin.