Mungkin situasi ini nampak lucu kepada anda, namun ini yang terjadi kepada sebuah keluarga dari China yang berkunjung ke Korea Selatan.

Anak pasangan terbabit yang berusia empat tahun telah menunjuk bakat lukisannya di pasport bapanya yang menyebabkan ianya tidak sah digunakan dan tidak diterima oleh pihak berkuasa di Korea Selatan, lapor sebuah portal berita United Kingdom, Metro News.

Perkara ini menyebabkan bapanya yang dikenali sebagai Chen telah terkandas di Korea Selatan dan tidak dapat pulang ke China bersama keluarganya.

Pasport milik Chen
Pasport ]milik Chen
Pasport milik Chen yang diconteng anaknya - sumber Metro News

Chen telah memuatnaik gambar pasportnya yang diconteng di laman sosial terkenal di China, iaitu Weibo sambil merayu pertolongan.

Walau bagaimanapun, sebuah laman web Kotaku.com melaporkan dakwaan Neogaf.com bahawa contengan di pasport Chen itu adalah palsu dan ia seolah-seolah dilukis menggunakan perisian Microsoft MS Paint.

Laporan itu turut mengatakan bahawa pasport negara China kebiasaannya mempunyai satu lapisan berkilat bertujuan memudahkan proses imbasan yang pastinya akan membuatkan apa-apa contengan dari anaknya itu akan menjadi comot.

Contengan itu juga mempunyai kadar ketebalan warna yang serata.

Namun begitu, tiada laporan susulan mengenai berita yang menjadi buah mulut di media sosial ini.

pasport milik chen
Anak panah menunjukan lukisan bunga yang seolah dilukis menggunakan tetikus - sumber dari kotaku.com

Sementara itu, wakil Imigresen dari Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia ketika dihubungi Astro AWANI berkata, jika anda mengalami pengalaman yang sama seperti Chen, usah cepat panik, hubungi kedutaan Malaysia di negara terbabit untuk mendapatkan surat akuan bagi membolehkan menyambung perjalanan.

Manakala pasport perlu diganti di mana-mana Pejabat Imigresen berdekatan setiba di negara ini.

Kes Kerosakan Pasport Malaysia

Pasport Malaysia diistilahkan rosak jika :

i. Basah
ii. Diconteng / terconteng
iii. Dikoyak / Terkoyak
iv. Dibakar / terbakar
v. Dimakan anai-anai/serangga
vi. Gambar pudar / luntur
vii. Butiran dalam pasport dipinda

Permohonan gantian pasport yang rosak boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan
Manakala, bagi pelancong luar negara yang mengalami kerosakan pasport ketika melancong di Malaysia, mereka perlu membuat laporan di kedutaan masing-masing agar satu surat akuan dapat dikeluarkan oleh kedutaan untuk diproses oleh pihak Imigresen Malaysia, beritahu wakil Imigresen.