Angela Merkel mengangkat sumpah buat kali keempat sebagai Canselor Jerman pada Rabu selepas mendapat undian majoriti 363-315 daripada barisan kepimpinan negara ekonomi terbesar Eropah itu.

Pemilihan Merkel menandakan tamatnya krisis politik yang melanda negara itu sejak enam bulan lalu.

Dalam proses pengundian, sembilan ahli Parlimen tidak membuat undian.

Kerajaan gabungan yang dipimpin Merkel termasuk partinya Demokrat Kristian (DCU), parti komponen untuk warga Bavaria, Sosial Kristian (CSU) dan parti Demokrat Sosial (SPD) mempunyai 399 kerusi dalam Parlimen secara keseluruhan.

Gabungan besar-besaran ini telah memerintah selama empat tahun namun pihak kepimpinan mengakui bahawa usaha menggabungkan parti-parti politik ini merupakan usaha yang lebih sukar.

Undian Parlimen Jerman berlangsung selepas 171 hari sejak pilihan raya berlangsung September tahun lalu.