Envoy Khas Agensi Pelarian Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) Angelina Jolie mengunjungi sebuah rumah di Kenya yang menempatkan kanak-kanak perempuan yang melarikan diri dari konflik atau terpisah dari ibu-bapa mereka, pada Selasa.

Jolie melakukan kunjungan tersebut sempena Hari Pelarian Sedunia.

Bintang Hollywood itu mengunjungi sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak perempuan di rumah tersebut, yang telah melarikan diri dari konflik di Congo, Selatan Sudan, Somalia, Burundi dan Rwanda.

UNHCR berkata hampir kesemua kanak-kanak tersebut telah mengalami keganasan seksual dan ramai di antara mereka telah melahirkan anak selepas dirogol, atau mengandung.

"Peranan keganasan seksual dikompaunkan apabila ia dilakukan oleh seseorang yang berpakaian seragam yang telah bersumpah untuk melindungi mereka.

"Oleh itu, adalah tanggungjawab mereka yang berpakaian seragam untuk membetulkan diri dari dalam, menjadi contoh dan mara ke hadapan dengan komitmen baru,” kata Jolie.

Kenya mempunyai 491,000 pelarian dan 101,713 daripada mereka adalah dari selatan Sudan.