Sekurang-kurangnya 140 orang terbunuh manakala lebih 170 orang cedera akibat letupan kereta di pinggir bandar Syiah di Damsyik.

Menurut televisyen tempatan, pengeboman pada Ahad mensasarkan sebuah pasar pada sebelah petang ketika waktu puncak.

Kumpulan militan Daish mengaku bertanggungjawab atas letupan sebanyak tiga kali di bandar terbabit.

Difahamkan, dua pejuang militan itu meletupkan bom berkenaan di dalam kereta.

Penduduk berkata serangan itu berlaku berdekatan sebuah tempat ibadah puak Syiah namun letupan itu tidak menjejaskannya.

Bulan lepas, satu letupan tercetus di bandar Sayyida Zeinab dan mengorbankan lebih 45 orang awam.