SEEKOR anjing berkaki tiga diangkat sebagai hero di utara Thailand selepas membantu menyelamatkan bayi baru lahir yang ditanam hidup-hidup oleh ibunya.

Bayi lelaki itu ditanam oleh ibunya yang berusia 15 tahun bagi menyembunyikan kehamilan daripada pengetahuan ibu bapanya.

Anjing yang dinamakan Ping Pong itu menyalak dan mengorek lubang tanah di mana tempat bayi itu ditanam di kampung Ban Nong Kham.

Pemilik anjing tersebut, Usa Nisaikha memberitahu dia ternampak kaki bayi itu terkeluar dari lubang.

Bayi yang ditanam oleh ibunya yang baru berusia 15 tahun.

Lokasi kejadian itu berlaku
Penduduk tempatan segera membawa bayi itu ke hospital dan disahkan sihat oleh doktor.

Ping Pong sebelum ini kehilangan sebelah kakinya selepas dilanggar kereta.

Tambah Usa, ia sangat setia dan selalu membantunya ke padang untuk mengembala ternakan.

Ibu bayi itu kini didakwa kerana meninggalkan anak dan cubaan membunuh.