Seorang pemuda dikejarkan ke hospital selepas menyumbat 15 biji telur rebus ke dalam duburnya.

Ketika kejadian, pemuda berusia 29 tahun tersebut dan pasangannya dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dikenali sebagai GHB, sejenis dadah yang dikatakan mampu merangsang nafsu.

Menurut laporan, telur yang sudah direbus disumbat ke dalam dubur pemuda tersebut yang kemudian mengalami sakit perut dan terpaksa dibawa ke hospital.

Salah seorang doktor yang merawat mangsa berkata, ketika sampai di hospital, pemuda itu mengalami denyutan jantung yang sangat laju.

Hasil imbasan CT mendapati penembusan kolon dan sejumlah besar udara dan cecair di rongga perutnya.

Telur berkenaan berjaya dikeluarkan melalui prosedur pembedahan dan mangsa kini sedang dirawat sebelum dibenarkan keluar dari hospital. - Dailymail