BELIAU amat teliti. Menghormati. Penyabar.

Beliau duduk bersama orang yang diwawancaranya dengan buku nota terbuka, bertanya soalan, mengajukan perlahan-lahan tetapi tertib, meneroka, dengan amat terperinci, hal-hal peribadi dan intim.

Beliau tidak menggunakan pita rakaman. Sebaliknya, beliau mencatat semua perkara dengan tangan tanpa meringkaskannya.

Ia amat meletihkan. Ayat-ayat penuh.

Beliau mahu mendengar segalanya --- kisah-kisah hidup dari sejak tempoh waktu yang ditelan zaman, merentasi kota dan negeri, dengan terperinci mengenai bapa yang menyeleweng bersama pelbagai keluarga dan datuk nenek pendatang, hinggalah buku notanya penuh.

Terdapat banyak Sir Vidia Naipaul (nama penuh: Vidiadhar Surajprasad Naipaul).
Ada yang berupa seorang kolonial remeh dari Trinidad, mencari rezeki di pinggiran dunia kesusasteraan London: pencerita kisah Empayar yang sedang berundur --- seharusnya menjadi pewaris kepada Conrad; ketua sorak Barat yang takut pada sifat semula jadi manusia yang asal dan purba dan kemudian, lebih lama kemudian menjadi orang tua berbudaya, berpakaian jaket tweed dan berasa dirinya lebih hebat daripada orang lain.

 Pada 11 Ogos 2018, penulis kelahiran Trinidad Sir Vidia Surajprasad Naipaul meninggal dunia di usia 85 tahun. Beberapa karyanya yang terkenal menggali jejak-jejak kolonialisme. - Foto Getty Image

Untuk keseluruhannya itu, penulis perjalanan yang mahu menyembunyikan diri adalah juga merupakan pengumpul cerita-cerita hampir tidak layak untuk disebut.

Sungguhpun begitu, Sir Vidia ini, yang saya jumpa dua puluh tiga tahun lalu ketika beliau melawat Malaysia untuk membuat penyelidikan bagi sambungan travelog dunia Islamnya: "Among the Believers: An Islamic Journey (Bersama orang Beriman: Suatu Perjalanan Islam)."

Dan orang inilah, atau lebih tepat lagi, cara bekerjanya yang telah memberi kesan mendalam dan lama terhadap bagaimana pendekatan saya terhadap penulisan saya.

 Salinan buku VS Naipaul berjudul “Among the Believers” milik penulis Karim Raslan, di mana sekuelnya membawa Naipaul ke Malaysia untuk melakukan riset, saat itulah ia bertemu Karim. - Astro AWANI/Karim Raslan

Saya tidak menemani beliau di semua wawancara. Saya hanya duduk bersama beliau bila beliau perlukan seorang penterjemah. Bagi mereka yang bertutur Inggeris, beliau boleh mengendalikannya sendiri.

Saya akan membiarkan mereka bercakap, kadangkala berjam-jam lamanya, hanya kembali apabila mereka selesai. Ia adalah seperti beliau mahu menyelam ke dalam kehidupan mereka, mengumpul cerita --- warna dan nuansa --- hinggalah VS Naipaul, orang yang menyelam ditarik mendalam dan hampir hilang kerana dek banyak maklumat terperinci.

Bertahun-tahun kemudian ketika saya membaca buku "Finding the Centre, Two Narratives," (Mencari Pusat: Dua Naratif) (esei-esei itu menggariskan cara beliau melakukan penyelidikan dan menulis), saya mula memahami pendekatannya -- putaran kembali yang tidak berkesudahan bagi mendapatkan suatu jenis susunan atau pusat atau kediaman --- adalah merupakan sebahagian mendalam daripada pencariannya bagi mendapatkan kebenaran. Ia juga mendedahkan suatu kejutan lunak, dan ya, malah sikap rendah diri mengenai seseorang yang pada ketika menemuinya telah memperoleh reputasi yang tidak ada tolok bandingnya bagi rasa ketidakselesaan dan memusatkan pada diri sendiri.

Hakikatnya ialah VS Naipaul sukakan orang. Beliau menemukan hiburan melalui kisah-kisah mereka.

Apa yang beliau tidak suka ialah teori kaku kepercayaan, yang berbentuk falsafah dan sistem-sistem agama yang orang lelaki dan perempuan telah bangunkan di keliling kehidupan mereka. Perkara itu beliau benci dan dicemuhnya secara keras.

Novel beliau yang paling berjaya ialah mengenai orang, sama ada Mohun Biswas atau Salim, pedagang dari pantai Afrika Timur, yang cuba untuk menampilkan diri mereka -- kebebasan dan kewibawaan mereka --- berdepan dengan sistem-sistem didaktif dan tidak memaafkan ini.

 Pertemuan Karim dengan Naipaul terjadi di Kuala Lumpur pada era 90-an, kala itu Karim sudah memulai seri kolomnya ‘Ceritalah’, mewawancarai orang awam dan pekerja dari berbagai macam latar belakang.- Foto Ihsan Star Publication
Pertemuan Karim dengan Naipaul terjadi di Kuala Lumpur pada era 90-an, kala itu Karim sudah memulai seri kolomnya ‘Ceritalah’, mewawancarai orang awam dan pekerja dari berbagai macam latar belakang. - Foto Ihsan Star Publication

Ketika saya melihat beliau menenun cerita-ceritanya, pemerhatian, tafsiran dan emosi dari sumber sumbernya, saya mula menyedari makna dan kerelevanan terhadap apa yang telah dilakukannya.

Bagi VS Naipaul, pengarangnya, ia adalah suatu yang cukup lurus. Beliau mempunyai suatu tugas: beliau perlu memahami dan kemudian menulis mengenai negeri-negeri Islam bukan Arab ini. Untuk mmelakukannya, beliau menghimpun cerita-cerita -- naratif yang boleh membantu beliau memeta bumi yang tidak biasa baginya. Tetapi beliau tidak bertanya mengenai keyakinan mereka, mengenai kepercayaan mereka.

Perkara biasa dan perincian kehidupan seharian memberikan beliau suatu teras untuknya membina naratif dan hujahnya. Dalam "menelan" kehidupan mereka dan "menghayati" cerita-cerita mereka, beliau menyediakan dirinya untuk memahai dunia mereka dari dalam hingga ke luar.

Ketika saya menemui beliau di Kuala Lumpur pada pertengahan 90-an, saya telah memulakan kolum 'Ceritalah' saya. Setelah melihat cara beliau mennangani perkara-perkaranya, saya dapati diri saya melakukan perkara yang sama --- terutama sejak saya juga mula melakukan perjalanan dengan lebih kerap lagi merentasi Asia Tenggara.

Saya jemu mendengar ahli-ahli politik dan orang terkenal. Letih mendengar naratif ereka yang diolah secara berhati-hati. Saya hanya mahu duduk dengan para petani, pekerja kilang dan kerani pejabat. Ia adalah kehidupan mereka yang sebenarnya menarik minat saya, dan keterujaan dengan mendengar yang membawa kolum saya di dalam arah yang tegas dari bawah ke atas. Itulah bentuk yang ada sejak itu.

Saya terhutang budi yang besar kepada seorang Pemenang Hadiah Nobel tua yang sukar memberi kerjasama, yang akan berasa benci kepada perkara ini jika orang menyedari bahawa beliau adalah "lembut" jauh di dalam. Tetapi saya melihat bagaimana teruja -- dan ya, malah dilencong perhatiannya --- ketika beliau mendengar cerita-cerita yang berbeza.

 Buku Naipaul berjudul “Beyond Belief: Islamic Excursions among the Converted Peoples” yang mengisahkan perkembangan gelombang Islamisasi di dunia. - Foto Getty Image
Buku Naipaul berjudul “Beyond Belief: Islamic Excursions among the Converted Peoples” yang mengisahkan perkembangan gelombang Islamisasi di dunia. - Foto Getty Image

Untuk menjadi adil, bahagian-bahagian mengenai Malaysia dari 'Beyond Belief: Islamic Excursions among the Converted Peoples" (Perjalanan Islam di kalangan Orang yang Bertukar Agama) (buku yang akhirnya beliau tulis berdasarkan pada perjalanan yang saya bantu) adalah caca marba. Sungguhpun begitu, saya suka untuk berfikir bahawa ia menjadi kelam kabut kerana saya telah mengukuhkan dan menggalakkan keterujaannya pada penceritaannya hingga beliau hilang minat (atau fokus) pada matlamat awalnya untuk mencatat gelombang Islamisasi yang sedang meningkat di peringkat global.

Mungkin pada tahun-tahun mendatang, seperti itu orang akan menuduh karya saya sebagai hasilan kucar-kacir yang serupa, yang kian menjadi obses terhadap cerita-cerita hingga menjejaskan naratif yang lebih besar?

Tetapi tidakkah itu tujuannya?



*Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI