Kerajaan Arab Saudi memberi jaminan bahawa negara itu mengalu-alukan kedatangan jemaah Qatar untuk menunaikan haji tahun ini, lapor agensi berita Xinhua pada Rabu, memetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menuduh Doha menghalang laman webnya daripada diakses oleh rakyat Qatar untuk mendaftar haji.

Rakyat Qatar dipelawa menunaikan haji dan boleh menyelesaikan pendaftaran semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah, kata kementerian itu.

Mereka yang tinggal di Arab Saudi boleh mendaftar melalui pautan yang diperuntukkan oleh kementerian khas untuk rakyat Qatar.

Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar sejak pertengahan 2017, kerana mendakwa Qatar masuk campur dalam hal ehwal negara lain dan menyokong keganasan.

Namun Qatar menafikan tuduhan tersebut.

-- BERNAMA